Wednesday, December 29, 2010

SELAMAT KEMBALI KE KOLEJ KEPADA SEMUA STUDENT PROGRAM UiTM - SHAHPUTRA

Kami mengucapkan selamat kembali kepada semua adik-adik pelajar ke SHAHPUTRA. Doa kami agar kalian makin bertambah semangat untuk meneruskan perjuangan. Kepada yang mendapat Anugerah Dekan untuk semester ini, tahniah diucapkan, kepada yang masih belum berjaya, peluang sentiasa berada dihadapan, tingkatkan usaha teruskan berdoa.

MAJLIS ANUGERAH MASJID TERBERSIH & PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA WALI HAKIM DAERAH KUANTAN - SHAHPUTRA


Majlis ini telah berlansung di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan pada 29 Disember 2010. Pihak Shahputra telah dijemput untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan kepada peserta program tersebut. Shahputra turut menyumbangkan 30 paper bag & kaleder 2011.
 pelajar-pelajar kejururawatan shahputra sedang menyediakan keperluan dan memastikan peralatan berada dalam keadaan yang terbaik sebelum menerima kunjungan orang ramai. Turut membantu adalah Mr Iqbal, En Radee & Cin Hajar.

 kunjungan pertama adalah Al fadhil Timbalan Qadhi Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan
 Pengunjung mulai sesak sekitar jam 11 pagi sebelum majlis perasmian program tersebut bermula.
 Mr Iqbal tekun menerangkan tentang kelebihan program kejururawatan shahputra kepada pengunjung, kelihatan juga pelajar-pelajar sedang bekerja keras.
 antara yang hadir KPP Tuan Haji Fazi turut mendapatkan rawatan percuma
Pelajar sedang bermesra dengan Wali Hakim Tuan Haji Jamaludin Salleh. Beliau turut mendapatkan rawatan percuma tersebut.

Tuesday, December 28, 2010

SHAHPUTRA - PROGRAM SHAHPUTRA PRIHATIN

 pengarah jpm shahputra ust asmadi menyampaikan sumbangan warga shahputra kepada ummi.

alhamdulillah Program Shahputra Prihatin berjaya dilaksanakan dengan begitu lancar. walaupun prpgram ini dirancang kurang daripada seminggu namun hasil dia sangat-sangat bagus. program ini diadakan khusus untuk membantu anak2 yatim di darul hijrah chenor.
penghuni rumah ayak yatim darul hijrah chennor. paling kecil berusia 6 tahun.hati kami sangat tersentuh dengan kisah2 yang diluahkan oleh penghuni2 disini.

penghuni wanita di darul hijrah.

kami dibawa oleh ummi melawat sekitar kawasan darul hijrah seluas 2 ekar.
ini pula adalah gambar darul hijrah atau nama penuh nyer maahad tarbiah al islamiah
 yang terletak hanya 7 km dari pekan bukit tajau.insaallah kami akan mengusahakan lagi sumbangan2 seterusnya agar ia menjadi bekalan kami diakhirat nanti.

SHAHPUTRA - PROGRAM MESRA AADK 1MALAYSIA FELDA PANCHING SELATAN

 pelajar shahputra memberi penerangan kepada pengunjung

 bergambar bersama YB Zaili
 makcik-makcik sedang membuat pemeriksaan BP
 isi borang sebelum mendapatkan pemeriksaan

 YB Zaili turut mendapatkan pemeriksaan
 pelajar sedang membuat pemeriksaan terhadap pekakas2 yang akan digunakan sebelum kedatangan pengunjung ke booth shahputra
seramai 6 orang pelajar dibantu oleh en radeen dan lectrr mr iqbal telah mengikuti program mesra aadk 1malaysia yang diadakan di felda panching selatan pada 26 disember 2010. program yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir jam 2 petang telah diadakan didewan besar paching selatan. seramai 68 penduduk telah datang untuk mendapatkan rawatan percuma yang telah disediakan oleh pihak shahputra.

Monday, December 20, 2010

PROGRAM MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH CHENOR

 20 disember 2010 bersamaan 14 muharram 1432. seramai 6 pelajar kolej shahputra telah menjayakan pemeriksaan kesihatan sewaktu berlansungnya program maal hijrah peringkat daerah chenor. program ini telah diadakan di Felda Jengka 7 di dewan Kenanga.
 pelajar ini telah dipantau oleh sir iqbal selaku pensyarah program kejururawatan di shahputra.
 kelihatan pakcik2 sedang berbaris untuk mendapatkan pemeriksaan percuma sewaktu program sedang berlansung.
 makcik-makcik tak lepas peluang untuk mendapatkan rawatan.
 bilangan pakcik bertambah-tambah. sabar ye pakcik! tunggu turn.

 pakcik kelihatan tenang setelah selesai mendapat rawatan.
 al fadhil tuan qadhi chenor juga tidak lepas peluang mendapatkan pemeriksaan. hasil menunjukkan keputusan kesihatan yang tip top. tahniah tuan!
sesi bergambar sebagai kenangan.

Wednesday, December 15, 2010

PROGRAM K-KOMUNITI " HARI TERBUKA PKAADK DAERAH KUANTAN

Peserta pertama mendapatkan pemeriksaan kesihatan dari JTK kuantan

persiapan pemeriksaan kesihatan sebelum org ramai serbu. dipantau oleh puan maharani yang disukai oleh ramai pelajar2nya.
test dulu.
bawah : gambar kenangan semua yang terlibat.

Monday, December 13, 2010

PENDAFTARAN SEMESTER BARU PELAJAR SAINS KESIHATAN SHAHPUTRA

13 DISEMBER 2010. JPM mengucapkan selamat kembali ke kolej untuk pelajar2 sains kesihatan shahputra. seramai 150 orang pelajar telah mendaftar untuk semester baru pada hari ini. semoga allah memudahkan segala urusan untuk semester ini.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA PELAJAR UTM-SHAHPUTRA

JPM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua pelajar UTM-SHAHPUTRA yang bermula pada 8 Disember dan insa'allah akan berakhir pada hujung Disember. Doa kami semoga adik2 pelajar dipermudahkan Allah s.w.t untuk menjawab setiap soalan yang keluar.

SOLAT HAJAT K12 SPV

 7 DISEMBER 2010. syukur kepada Allah s.w.t, majlis bacaan yassin, tahlil & solat hajat tdi bawah pimpinan ustad madi telah selesai dijalankan di SPV baru-baru ini. terima kasih juga kepada yang telah menjayakan program. Pak Rashid, Anjang, dan En Ja selaku warden dan pegawai penginapan shahputra. JPM juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik-adik pelajar yang turut menjayakan majlis ini.
 pak rashid memberi sedikit ucapan kepada pelajar-pelajar yang hadir pada malam tersebut. kira2 seramai 60 pelajar lelaki dan perempuan telah menjayakan program tersebut.
tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh pak rashid.

Tuesday, December 7, 2010

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI






seramai 40 pelajar baru telah dibawa ke dewan Jubli Perak pada 7 Disember 2010 bagi menjayakan Program Sambutan Maal Hijrah 1432.

Wednesday, December 1, 2010

PERTEMUAN DENGAN PELAJAR SHAHPUTRA KE -2

 1 Disember 2010. pertemuan kedua dengan pelajar kejururawatan shahputra. perjumpaan kali ini bersama dengan pelajar-pelajar semester 2 & 3. dalam pertemuan ini pelajar diberi penjelasan berkaitan dakwaan yang mengatakan diploma shahputra tiada pengiktirafan. pertemuan ini dapat menjelaskan kekaburan yang masih wujud diminda pelajar berkaitan pengiktiran diploma kejururawatan shahputra. maklum balas yang diperolehi amat menyenangkan pihak JPM. insa'allah bertemuan lain akan diatur bagi mendengar masalah pelajar.

MERENCANA PROGRAM BULAN MUHARRAM

 gambar atas: perbincangan dilakukan di pejabat imam besar masjid afzan

30 November 2010. Bertemu dengan Imam Besar Masjid Afzan bagi merancang program bersama untuk menjayakan Bulan Muharam yang akan datang. Hasil daripada perbincangan dengan beliau. insa'allah pihak JPM dengan kerjasama pihak masjid akan mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah dan disusuli dengan program pengkebumian Jenazah. program ini bertujuan melahirkan genarasi muda yang berwibawa. di samping menambah kemahiran kepada pelajar shahputra yang akan mengikuti kursus ini. pertemuan pada jam 815 am dan berakhir pada jam 10.00 am.

gambar bawah: imam besar masjid afzan.

pertemuan berakhir di kedai makan berhampiran bagi memenuhi tuntutan jasmani. alhamdulillah dengan iin allah urusan akan berjalan dengan lancar.
gambar atas: bergambar dengan pak lah @ ali @ janggut. beliau akan berceramah bagi program pengurusan jenazah. berpengalaman selama 16 tahun di bahagian forensik  dan pengurusan jenazah di HTAA.