Saturday, May 21, 2011

KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT UCSA - FELDA PANCHING SELATAN

terpaksa membuat perubahan semula terhadap stuktur meja

suasa biasa berlaku. pelanggan sudah tidak sabar2 menunggu.

bermula sudah pemeriksaan kesihatan.

tempat makin sempit apabila makin ramai mengunjung.

pelajar dilatih agar berkomunikasi dengan sesiapa yang datang mendapatkan rawatan pemeriksaan

masih ramai walau strep glukosa sudah habis. jam sudah pukul 1 ptg.
UCSA merupakan Kolej Universiti yang tujuan kewujudannya selain untuk memberi peluang akademik kepada lepasan SPM, ia juga bertujuan untuk menyediakan perkidmatan bakti kepada masyarakat. antara satu aktiviti yang menaikkan nama USCA ada melailui dengan cara-cara Pemeriksaan Kesihatan. Pada 21 Mei 2011 seramai 8 orang telah menyertai JPM untuk program pemeriksaan kesihatan di Felda Pancing di bawah program Himpunan Kumpulan 1 Felda.

Friday, May 20, 2011

ORIENTATION CLOSING CEREMONY BATCH 1605 2011 UCSA


SEMANGAT TEPUK-TEPUK BINA KESERASIAN

KUMPULAN NASYID MEMBUAT PERSEMBAHAN BERLATIH DALAM MASA 4 JAM

MAJLIS PENUTUP YANG DIORGANISASIKAN OLEH PELAJAR BARU. HEBAT!

PENGACARA MAJLIS MELETOP

Saturday, May 14, 2011

KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT UCSA

sentiasa mendapat sambutan

pelbagai golongan datang mendapatkan perkhidmatan.

YB Dato' Wan Rusdi turut berminat membuat pemeriksaan kesihatan.

salah seorang pelajar kejururawatan UCSA melakukan pemeriksaan terhadap Dato' Wan Rusdi
15 MEI 2011- Menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma merupakan salah satu cara yang digunakan oleh pihak UCSA untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat. Melalui cara ini juga sebenarnya dapat memantapkan kemahiran komunikasi pelajar dengan orang awam. secara tidak langsung pengalaman ini akan membantu mereka apabila tamat pengajian nanti. Program ini telah diadakan di Maznah Resort Cherating .

PENGURUSAN JENAZAH 2 PELAJAR KEJURURAWATAN UCSA

Ybhg al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Kuantan merasmikan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UCSA-MASJID AL MAKMUR

PELAJAR TEKUN MENDENGAR PENERANGAN EN ABDULLAH SELAKU PENCERAMAH JEMPUTAN TENTANG TEKNIK MEMOTONG KAIN KAFAN

DARI MEMOTONG KAFAN SEHINGGA MENGKAFANKAN JENAZAH

AKHIRNYA DITERANGKAN SECARA RINGKAS BAGAIMANA UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH. SEHINGGA SANGGUP BERDIRI UNTUK MENDENGAR KURSUS
14 MEI 2011- UCSA dengan kerjasama Masjid Al Makmur telah mengadakan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH. Peserta kursus kali ini disertai seramai 78 pelajar daripada program Diploma Kejururawatan UCSA. Meskipun pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah terhadap umat Islam, amat rugi jika pengetahuan ini tidak kita cari, ini adalah sumbangan terakhir yang mampu kita berikan kepada ibu bapa kita di dunia ini jika ditakdirkan mereka terlebih dahulu meninggalkan kita. Justeru program ini akan diadakan lagi pada bulan Julai bergantung kepada permintaan pelajar. Sijil telah dikeluarkan oleh pihak Pajabat Agama Islam Daerah Kuantan. pihak UCSA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat yang menjayakan program ini,

SEKITAR SUKA DUKA SUKOB 2001 LENDU MELAKA

ATLET WANITA YANG TERLIBAT DENGAN SUKOB 2011 SEWAKTU PERBARISAN PEMBUKAAN

ATLET LELAKI SUKOB SEGAK MENGENAKAN PAKAIAN YANG TERTERA UCSA

PEMAIN FUTSALL STAFF UCSA

PEMAIN FUTSALL SUKOB YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR UiTM-UCSA

LOTARAN PERTAMA OLEH EN ISMA HAMPIR KE LONGKANG!

PEMAIN TAKRAW SUKOB 2011

PEMAIN YANG SENTIASA MENDAPAT KECEDERAAN MUNGKIN FAKTOR USIA
11 - 14 MEI 2011 berlangsung sukan atara koleh bersekutu uitm yang dikenali sebagai SUKOB untuk yang kali ke tiga. tahun ini SUKUB berlansung di UiTM Lendu Melaka. UCSA telah menyertai semua sukan yang dipertandingkan di temasya sukan tersebut.   UCSA tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas segara yang diperolehi, dan UCSA berharap program ini memberi kegembiraan kepada pelajar UCSA yang memang berminat dengan sukan.

Monday, May 9, 2011

ATLET UCSA KE SUKAN KOLEJ-KOLEJ BERSEKUTU KE 3 2011




Majlis penyerahan bendera dan jersey kepada atlet SUKOB telah berjalan lancar di Auditorium pada pagi ini. Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Dr Hj Azman Zaini selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UCSA.SUKOB kali ini lebih meriah dengan tajaan Jersey daripada pelbagai syarikat. UCSA mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja terlibat. Atlet-atlet telah berikrar akan berjuang habis-habisan untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ke 3 berturut2. Antara sukan yang dipertandingkan SUKOB kali ini seperti Futsal, bola tampar, badminton, bola jaring, bola sepak 9 sebelah dan takraw.Sama-sama kita mendoakan agar kemenangan menjadi milik kita pada tahun ini.

Wednesday, May 4, 2011

KONTIGEN HOKI TEMERLOH BAWAH 12 MSSP

pagi nih pemain cilik hoki temerloh singah sebentar di UCSA untuk kudapan pagi sebelum ke wisma belia. Ust Asmadi sempat berbual2 dengan adik2 cilik yang sememangnya berkobar-kobar untuk memulakan pertandingan pada pagi ini.

PROGRAM DERMA DARAH 2011 HTAA - UCSA

begini ye adik2 cara nak ambil darah! sabar! sakit sikit je

menanti giliran. sehingga kini UCSA tidak pernah menghampakan tabung darah HTAA. sentiasa archive target

sempat mengintai nota ketika diambil darah. good luck for coming xm

selain pelajar, kakitangan UCSA turut bermurah hati untuk menderma darah.

pameran daripada jabatan penerangan turut berlansung serentak dengan kepen darah.

jangan risau dik! tak sakit, pesan staf nurse kepada pelajar UCSA

sempat tersenyum lagi : )
4 Mei 2011 JPM-USCA telah mengadakan kempen menderma darah bagi membantu memenuhi keperluan tabung darah HTAA. Program ini telah berjaya dijalankan dengan sempurna. Puan Suriati selaku pengarah projek mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak HTAA kerana sudi untuk bekerja sama dalam menjayakan KEMPEN DERMA DARAH di UCSA. JPM mensasarkan USCA akan menjadi lokasi paling aktif menganjurkan KEMPEN DERMA DARAH. JPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang darah. semoga beroleh keredhaan Allah s.w.t.