Saturday, May 14, 2011

PENGURUSAN JENAZAH 2 PELAJAR KEJURURAWATAN UCSA

Ybhg al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Kuantan merasmikan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UCSA-MASJID AL MAKMUR

PELAJAR TEKUN MENDENGAR PENERANGAN EN ABDULLAH SELAKU PENCERAMAH JEMPUTAN TENTANG TEKNIK MEMOTONG KAIN KAFAN

DARI MEMOTONG KAFAN SEHINGGA MENGKAFANKAN JENAZAH

AKHIRNYA DITERANGKAN SECARA RINGKAS BAGAIMANA UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH. SEHINGGA SANGGUP BERDIRI UNTUK MENDENGAR KURSUS
14 MEI 2011- UCSA dengan kerjasama Masjid Al Makmur telah mengadakan KURSUS PENGURUSAN JENAZAH. Peserta kursus kali ini disertai seramai 78 pelajar daripada program Diploma Kejururawatan UCSA. Meskipun pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah terhadap umat Islam, amat rugi jika pengetahuan ini tidak kita cari, ini adalah sumbangan terakhir yang mampu kita berikan kepada ibu bapa kita di dunia ini jika ditakdirkan mereka terlebih dahulu meninggalkan kita. Justeru program ini akan diadakan lagi pada bulan Julai bergantung kepada permintaan pelajar. Sijil telah dikeluarkan oleh pihak Pajabat Agama Islam Daerah Kuantan. pihak UCSA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat yang menjayakan program ini,

No comments:

Post a Comment