Monday, May 9, 2011

ATLET UCSA KE SUKAN KOLEJ-KOLEJ BERSEKUTU KE 3 2011




Majlis penyerahan bendera dan jersey kepada atlet SUKOB telah berjalan lancar di Auditorium pada pagi ini. Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg Dato' Dr Hj Azman Zaini selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UCSA.SUKOB kali ini lebih meriah dengan tajaan Jersey daripada pelbagai syarikat. UCSA mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja terlibat. Atlet-atlet telah berikrar akan berjuang habis-habisan untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ke 3 berturut2. Antara sukan yang dipertandingkan SUKOB kali ini seperti Futsal, bola tampar, badminton, bola jaring, bola sepak 9 sebelah dan takraw.Sama-sama kita mendoakan agar kemenangan menjadi milik kita pada tahun ini.

1 comment: