Wednesday, November 24, 2010

TALIAN JABATAN PERHUBUNGAN MAHASISWA

aduan pelajar tanggungjawab kami. itu mungkin motto yang diguna pakai dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada pelajar jika ingin menyalurkan sebarang bentuk cadangan, aduan dll kepada JPM. Semoga usaha ini mampu membantu meningkatkan lagi kualiti akademik pelajar di shahputra.

talian JPM shahputra : 0199288771

PERJUMPAAN BERSAMA PELAJAR JURURAWAT.


24 November 2010. Gembira! itu mungkin ungkapan yang dapat diucapka.n kerana komitmen yang diberi oleh pelajar kepada JPM. pertemuan ini adalah pertemuan pertama yang dilakukan sejak JPM mempunyai pengurusan yang baru.

 dalam pertemuan kali ini. pelajar diterangkan tentang peranan JPM dalam membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sama ada dari segi pembelajaran, perasaan dan sebagainya.
 dalam pertemuan ini pelajar juga telah disarankan agar menyalurkan aduan dalam talian aduan yang telah disediakan oleh pihak JPM dalam menjaga kerahsiaan mereka.
 taklimat JPM ini telah disampaikan oleh Pengarah Baru iaitu Ustaz Asmadi Bin Abdul Rahman.

 dalam pertemuan ini juga, JPM dengan sukacita menjemput ASP Zulkifli dari cawangan Khas kuantan untuk menyampaikan taklimat berkaitan disiplin dan masalah sosial yang melanda. dan pembentangan statistik kesalahan jenayah dikalangan remaja IPT
gambar atas : pelajar tekum mendengar taklimat yang disampaikan.

Monday, November 22, 2010

LAWATAN IBU PEJABAT POLIS KUANTAN CAWANGAN KHAS

 gambar atas: en bullet bersama dengan ASP Zulkifli

23 NOVEMBER 2010. pagi ini jam 10 pagi JPM ada buat janji dengan Tuan ASP Zul. Tujuan jumpa beliau pada pagi ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah pelajar SHAHPUTRA yang mungkin diketahui oleh beliau dan pihak polis. Pihak JPM juga menjemput beliau untuk menyampaikan taklimat disiplin pelajar dan kaitkan dengan masalah sosial yang kian meruncing masa kini.

gambar ust asmadi bersama ASP Zulkifli.

dengan wujudnya hubungan baik antara pihak polis dan kolej shahputra, insa'allah segala permasalah makin mudah untuk diselesaikan bersama.


HARI PENDAFTARAN SEMESTER BARU PELAJAR KEJURURAWATAN SHAHPUTRA

22 November 2010 Pendaftaran semester baru bagi pelajar program kejururawatan telah  diadakan di lobby shahputra. bermula jam 9 pagi hingga jam 2 petang. seramai 500 pelajar lama akan mendaftar. antara unit yang terlibat melancarkan proses pendaftaran pelajar hari ini adalah JPM, unit rekod, kewangan shahputra & penginapan.
 pelajar mula berbaris panjang menjelang jam 1045 pg. ini suasana biasa yang akan dilihat. barangkali ramai yang liat untuk bangun pagi. bagi pelajar yang tidak suka kepada kesesakan mereka telah datang mendaftar seawal 9 pagi.
 sabar menanti giliran untuk mendaftar. pelajar berpakaian kemaskan ketika hari ini.

ini kaunter JPM. kelihatan cik zila yang garang dan en zuraimi (abg bullet) sdg bertugas memeriksa sahsiah pelajar dah memberi borang daftar kepada pelajar.
 kaunter penginapan. en yusof & en ja sdang bertugas di kaunter

 kaunter kewangan