Saturday, February 26, 2011

PERTANDINGAN TAE KWAN DO JEMPUTAN DI KIPSAS

 hari pendaftaran peserta. pegawai pengiring en emy bersama peserta2.

pertandingan taekwando empat penjuru antara KIPSAS-UMP-SULTAN MUZAN-SHAHPUTRA. SHAHPUTRA menghantar hanya 8 penyertaan.ini adalah penyertaan pertama SHAHPUTRA. Penyertaan pertama ini membuahkan hasil yang memberangsangkan. Daripada 8 penyertaan 2 perempuan under 49kg sorang suku akhir sorang dapat Perak. 1 lelaki under 49 dapat tempat ke tiga. 5 lagi penyertaan semua lelaki bawah 69kg. 2 dapat masuk semi , 1 dapat perak. 
SHAHPUTRA akan sentiasa memberi galakkan kepada untuk menyertai sebarang pertandingan selagi mana tidak mengganggu pelajaran-pelajarn pelajar.

suasana dalam dewan UTAMA KIPSAS

penyumbang pingat pertama SHAHPUTRA. tahniah! 
ada peserta terpaksa berusung ke luar kerana kecederaan.alhamdulillah SHAHPUTRA semua ok

kembar SHAHPUTRA Cansy & Winsy. Winsy menyumbang pingat Perak pertama untuk SHAHPUTRA
Winsy diumumkan tempat kedua. 

Aiman penyumbang pingat perak ke dua untuk SHAHPUTRA. Tahniah!

Wednesday, February 23, 2011

DEBAT PERSAHABATAN SHAHPUTRA - UMP

tahniah kepada barisan pencadang yang diwakili oleh pihak UMP atas kejayaan merangkul piala kemenangan pada kali ini. kepada pembangkang tahniah atas pesembahan menarik.

Monday, February 21, 2011

GERAI PELAJAR - SUBJEK KEUSAHAWANAN DBM UPM - SHAHPUTRA

 pelajar-pelajar menyediakan gerai untuk mencari dana bagi memenuhi syarat subjek keusahawanan.
 sabar menanti pelangan

Saturday, February 19, 2011

KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN PROGRAM BERSAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN DENGAN SHAHPUTRA DI MASJID AFZAN

 Penceramah daripada Jabatan Veterina membuat demo sembelihan kepada pelajar & peserta program.sambil dibantu oleh en fadzil selaku pengarah program ini.

19 Februari 2011. Kursus Asas Penyembelihan telah dijalankan di Masjid Afzan Kuantan. Program ini telah disertai seramai 48 peserta yang terdiri daripada pelajar SHAHPUTRA dan orang awam sekitar masjid afzan. Program ini telah bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 3 petang. program berjalan lancar dengan bantuan pelajar-pelajar dan jemaah masjid.

 pelajar yang telah melakukan sembelihan akan melakukan proses seterusnya, mencabut bulu ayam sebelum di potong-potong.

 pelajar-pelajar shahputra menantikan giliran untuk melakukan penyembelihan sambil memerhatikan imam zainiddin selaku imam besar masjid afzan.

 sebahagian pelajar lelaki shahputra yang tenang menanti giliran. sebanyak 40 ekor ayam dan 15 ekor merpati telah disembelih oleh pserta.
 sebahagian pelajar menjadi pembakar ayam. memang sedap mereka-mereka ini membakar.

 pembantu jemputan program ini. kak long sedang merasa kari ayam dan dibantu oleh adik iparnyer. kaki memang mendapat pujian jemaah.

pelajar-pelajar yang bertugas mula mengambil makanan sebelum jemaah masjid siap solat zohor.
 para jemaah masjid sudah sampai untuk sama-sama menikmati juadah tengah hari secara percuma yang disediakan oleh pelajar-pelajar shahputra.
 selamat menjamu selera semua.alhamdulillah semua makanan habis tanpa pembaziran. semoga allah memberkati aktiviti kami.

 acara mengemas dewan makan setelah selesai semuanya.
 mengosok periuk. terima kasih kepada ustad nazri kerana meminjamkan periuk kepada kami semua.
 antara jemputan-jemputan yang hadirkan diri.
peserta terakhir menjamu selera.

Sunday, February 13, 2011

PEROGRAM 'WE CARE" DI MAAHAD DARUL HIJRAH PAYA PASIR CHENOR

Program 'We Care' anjuran pelajar-pelajar sains kesihatan Shahputra telah diadakan di Maahad Darul Hijrah Paya Pasir pada 12-13 Februari 2011. Seramai 35 pelajar & 4 pensyarah telah menjayakan program ini.Antara aktiviti yang dijalankan di Maahad seperti gotong royong, mengecat, motivasi & ramah mesra bersama penghuni-penghuni di Maahad ini. Terima kasih kepada yang menjayakan program ini, terima kasih semua.
 Mengecat kembali pagar utama Maahad supaya kelihatan menarik.

 Ucapan oleh Ummi @ Pengetua Maahad di Majlis penutup.

Gambar bawah: En Kamal menyampaikan cenderahati kepada Pengetua Maahad.Terima kasih kepada En Kamal yang turut menjayakan majlis ini.

En Kamal bersama dengan pensyarah Pn Izan, Cik Sue ketika sedang rehat di perkarangan rumah Pengetua.

Thursday, February 10, 2011

LAWATAN PELAJAR MC110 SEMESTER 2 KE WARD DAHLIA HTAA


pelajar tekun mendengar  taklimat disampaikan oleh sister homadi

10 Jan 2011. Seramai 15 pelajar MC110 menyertai lawatan sambil belajar ke ward dahlia di htaa. terima kasih kepada jabatan psikiatri kerana menerima lawatan kami.

lawatan ke ward pesakit


 pelajar-pelajar yang praktikal di ward dahlia


 sebelum praktikal pelajar diberi taklimat oleh penolong pembantu perubatan

 lawatan ke unit rehabilitasi. pesakit yang dah ok dan mampu melakukan sesuatu akan diletakkan di sini

Tuesday, February 8, 2011

"MESRA KOMUNITI" - MPK - SHAHPUTRA

pelajar HM sedang menerangkan sesuatu kepada pengunjung

pada 22 januari 2011, pelajar  pelancongan UiTM turut  menjayakan Program " Mesra Komuniti" anjuran MPK.

kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan

booth shahputra

Sunday, February 6, 2011

PROGRAM OUTDOOR STUDENT PENGURUSAN SUKAN SHAHPUTRA

seramai 17 pelajar shahputra telah menyertai program outdoor yang diadakan di tasik chenderoh perak. program bermula pada 29 Jan - 5 feb 2011. semoga beroleh manfaat sepanjang program dijalankan.
menikmati sarapan pagi di Shahalam sebelum bergerak ke tasik chenderoh perak.
persiapan majlis penutup outdoor
sesi taklimat program
santai-santai sambil hilang penat

Tuesday, February 1, 2011

PROGRAM KOMUNITI " PERAMAH - SHAHPUTRA DI BUKIT GOH


sebahagian pelajar yang hadir bagi program motivasi yang dijalankan oleh shahputra 
di smk bukit goh.

 pelajar memberi komen kepada penceramah setelah selesai program.

 en sham mengedarkan borang dan flyer shahputra kepada pelajar yang hadir.




antara pelajar kejururawatan yang terlibat dalam program pemeriksaan kesihatan di bukit goh.

2 Februari 2011. Jabatan Agama Islam Pahang telah mengadakan program bulanan mereka yang dikenali sebagai PERAMAH. program ini merapatkan hubungan antara JAIP dan masyarakat setempat. JAIP turut menjemput shahputra untuk menjayakan program ini. Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak shahputra sewaktu program ini dijalankan seperti pemeriksaan percuma oleh pihak kolej untuk masyarakat setempat & ceramah motivasi bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.