Saturday, February 19, 2011

KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN PROGRAM BERSAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN DENGAN SHAHPUTRA DI MASJID AFZAN

 Penceramah daripada Jabatan Veterina membuat demo sembelihan kepada pelajar & peserta program.sambil dibantu oleh en fadzil selaku pengarah program ini.

19 Februari 2011. Kursus Asas Penyembelihan telah dijalankan di Masjid Afzan Kuantan. Program ini telah disertai seramai 48 peserta yang terdiri daripada pelajar SHAHPUTRA dan orang awam sekitar masjid afzan. Program ini telah bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 3 petang. program berjalan lancar dengan bantuan pelajar-pelajar dan jemaah masjid.

 pelajar yang telah melakukan sembelihan akan melakukan proses seterusnya, mencabut bulu ayam sebelum di potong-potong.

 pelajar-pelajar shahputra menantikan giliran untuk melakukan penyembelihan sambil memerhatikan imam zainiddin selaku imam besar masjid afzan.

 sebahagian pelajar lelaki shahputra yang tenang menanti giliran. sebanyak 40 ekor ayam dan 15 ekor merpati telah disembelih oleh pserta.
 sebahagian pelajar menjadi pembakar ayam. memang sedap mereka-mereka ini membakar.

 pembantu jemputan program ini. kak long sedang merasa kari ayam dan dibantu oleh adik iparnyer. kaki memang mendapat pujian jemaah.

pelajar-pelajar yang bertugas mula mengambil makanan sebelum jemaah masjid siap solat zohor.
 para jemaah masjid sudah sampai untuk sama-sama menikmati juadah tengah hari secara percuma yang disediakan oleh pelajar-pelajar shahputra.
 selamat menjamu selera semua.alhamdulillah semua makanan habis tanpa pembaziran. semoga allah memberkati aktiviti kami.

 acara mengemas dewan makan setelah selesai semuanya.
 mengosok periuk. terima kasih kepada ustad nazri kerana meminjamkan periuk kepada kami semua.
 antara jemputan-jemputan yang hadirkan diri.
peserta terakhir menjamu selera.

1 comment:

  1. Terima kasih kepada En.Fadil dan Ustaz Asmadi kerana menjadikan program ini meriah dan mendapat perhatian ramai...minta lain kali diadakan lagi.

    ReplyDelete